Monday, April 12, 2010

Kisah Nikah Kawin oleh Datuk Nikah Kawin Musang Berjanggut

Hari ini 27 Rabiul Akhir 1431 Hijrah (12/4/2010)

Pernikahan adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Maka dikalangan Ummat Muhammad s.a.w. untuk terus menjadi Ummat Muhammad s.a.w. sekiranya punyai kemampuan asas dzahir dan batin maka sepatutnya lah bernikah.

Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya menegaskan yang Walimah (Kenduri) yang tidak menjemput orang miskin/susah tiadalah mendapat keberkatan (barakah) oleh yang demikian tidak wajib hadir.

Pembaziran adalah dilarang kerana membazir adalah saudara syaitan.

Banyak lagi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah swt mengenai bab Munakahat (family matters) ini tetapi biasanya tidak diutamakan oleh pasangan pasangan moden hari ini.

Keutamaan pasangan hari ini ialah untuk mengikuti kursus sehari atau dua hari untuk bernikah serta memperolehi sijil sebagai syarat memenuhi undang undang buatan manusia.

Pernah salah seorang peserta kursus nikah kahwin muncul di media cetak beberapa tahun lepas memaklumkan dengan tanpa segan silunya bagaimana Uztaz mengajar selok belok ilmu mengadakan hubungan seks sewaktu kursus nikah kahwin. Apa sudah jadi dengan manusia hari ini??? Sedangkan haiwan ternakan /peliharaan/liar yang tiada berakal sekalipun tidak perlukan kursus untuk topik topik sensitif seperti itu tetapi ada pula Uztaz yang mengajar secara terbuka kepada satu kelas pasangan pasangan yang akan bernikah.

Alangkah eloknya sekiranya ditekankan soal soal fardhu, soal soal tanggungjawap suami, isteri serta bagaimana memelihara agama dari segenap segi bila sudah berkeluarga, bagaimana memastikan zuriat yang bakal dilahirkan mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Apakah wajar calon yang tidak pernah mengenal lebih dari tiga huruf dalam bahasa Arab (Alif, Ba & Ta) telah bersedia untuk bernikah dengan hanya berSolat berdasarkan tulisan Rumi ataupun membaca Juzu Ammar serta Surah Yassin dalam tulisan rumi semata mata.

Apakah cukup sekadar jawapan menjadikan ibu bapa masing masing sebagai balaci untuk menjaga anak anak mereka kerana mereka adalah pasangan yang berkerjaya ataupun logikkah jawapan membiarkan anak dijaga oleh pembantu rumah semata mata???

Siapa kata berumahtangga ni senang?

Namun apa yang lebih dilihat oleh pasangan muda hari ini ialah 'forms' semata mata bukannya 'substance'.
Biarpun belum benar benar bersedia untuk bernikah namun bagi
kepentingan peribadi untuk berlumba lumba untuk 'impress' para tetamu,sanak saudara dll dengan majlis perkahwinan yang gah gah sehingga ramai yang terlepas pandang perbuatan bersanding adalah berasal dari agama bukan adat, agama hindu dimana sewaktu bersanding dewa dewa turun dari kayangan untuk merestui perkahwinan itu. Malah perkataan mempelai pun berasal dari 'mapelai'. Ramai ulama terdahulu telah mengatakan bersanding itu syirik, semaklah dengan para Uztaz yang berilmu bukannya Uztaz yang berjubah dan berserban besar tetapi membaca Al Fatihah pun lintang pukang serta mendirikan Solat Sunat Masjid dengan selambanya sewaktu Khutbah Jumaat sudah sampai ke peringkat berdoa. Bukankah hukum mendengar Khutbah Jumaat itu wajib kepada lelaki dan mendirikan Solat Sunat Masjid itu Sunat???? Perkara ini masih berlaku 2 minggu lepas di sebuah masjid di Kuala Lumpur seorang lelaki melayu dengan jubah putih, dengan jambang yang nampak alim serta berserban tajam kemerahan berSolat Sunat Masjid disebelah kiri Khatib yang sedang membaca doa sewaktu Khutbah Jumaat sampai penghujungnya. Inilah dia kah bakal suami contoh????

Berbalik kepada majlis perkahwinan--apakah perlu disewa dewan puluhan ribu ringgit serta catering bernilai ratusan ribuan ringgit. Apakah perlu pertunjukan pentas, apakah perlu para hadirin memakai warna yang ditetapkan? Kenapa pula lagu penganut kristien memasuki gereja di mainkan sewaktu pengantin memasuki dewan serta diiringi oleh kanak kanak saling tak tumpah seperti hadirin menghadiri majlis penganut agama kristien.
Apa gunanya doa dipermainkan dengan campur aduk muhrim dan bukan muhrim?
Apa pentingnya belanja mahal mahal sedangkan tetamu yang datang mengumpat tuan rumah sewaktu sedang menikmati hidangan?

Sekiranya majlis perkahwinan mewah diutamakan semata mata tanpa keikhlasan dan tanggungjawap berumahtangga maka selepas majlis perkahwinan itu tak lama selepas itu tidak mustahil masing masing akan mempunyai boyfriend dan girl friend yang kemudiannya akan membawa kepada penceraian pasangan yang telah berbelanja mewah sewaktu berkahwin.


Alangkah eloknya pernikahan dilakukan di Masjid tanpa membazir dengan terbang sejauh Makkah, Eropah atau dimana sahaja diatas planet dunia ini untuk bernikah yang tidak memberi apa apa jaminan untuk pasangan mana sekalipun kekal kecuali mereka yang benar benar berTaqwa dan beriman pada Allah swt.

Alangkah eloknya kenduri yang sederhana. Adakah keluarga yang berani menjamu tetamu selepas bernikah di Masjid dengan roti canai dan teh tarik mahupun biskut cream craker cicah kopi o panas di tepi bendang?

Alangkah meriahnya sekiranya mahu diadakan kenduri diadakan gotong royong di kampung secara sederhana memasak nasi dan segala lauk pauk asalkan tidak membawa kepada pembaziran.

Alangkah eloknya dikalangan tetamu yang hadir tiada seorang pun fakir miskin di kampung berkenaan ditinggalkan dan sekiranya mereka itu malu untuk hadir, hantarlah beberapa set makanan bungkus secukupnya untuk keluarga fakir miskin berkenaan.

Mungkinkah ibu bapa hari ini akan mengatakan hanya orang kurang waras menjamu tetamu dengan roti canai dan teh tarik tetapi bukankah bagus selepas daripada jamuan tersebut tiada bil yang perlu dibayar dan pernikahan telah pun sah.

Pernikahan memerlukan pelbagai persediaan kos jangka panjang untuk kelahiran anak anak, kos perubatan keluarga, kos Aqiqah, kos pendidikan dsbnya. Namun pasangan moden hari ini mementingkan majlis perkahwinan yang super mewah dan selepas majlis berkenaan tidak kisah sekiranya mereka telah mula menyesal dan berkira kira untuk bercerai.

Kata Tan Sri SM Salim dalam lagunya Cinta Dulu Cinta Sekarang,...'Cinta Dulu Dulu Hanya Cangkul dan Tanah lah sahaja yang memisahkan' namun hari ini amat sukar untuk mencari ramai pasangan muda yang boleh kekal sehingga akhir hayat.

Jadi ,kepada pasangan pasangan yang mula dah ingat nak bernikah, dalamilah ilmu agama sedalam dalamnya. Jangan harapkan paras rupa aje sebab paras rupa akan menjadi racun berbahaya bila pasangan yang hidup bersama tanpa ilmu agama mula berjumpa para tok bomoh yang syirik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Pernikahan yang barakah tidak memerlukan banyak wang. Elok juga di gunakan wang dinar emas sebagai mas kawin serta hantaran. Hentikanlah segala hantaran mengarut seperti kasut berjenama, beg berjenama, jam berjenama, notebook, handphone. Kalau nak jimat dan masih nak nampak banyak bolehlah diletakkan pelbagai kuih seperti karipap, roti jala, bengkang,nasi kandar,nasi kerabu,nasi impit, satay sebagai hantaran yang semasa majlis berlangsung boleh sama sama pakat pakat makan.

Khidmat khidmat lelaki lembut yang digunakan untuk mengandam pengantin perempuan wajar dihentikan serta merta--mereka tetap bukan muhrim. Begitu juga dengan khidmat pereka fesyen pengantin, usahlah membazir, belilah apa yang ada di Mydin ke (baju melayu,songkok,baju kurung, tudung,telekong,kain pelikat, Al Quran semuanya terdapat di hyper market seperti Mydin dan sebagainya pada harga yang amat berpatutan).

Kesimpulannya pernikahan adalah perkara mudah dan yang menjadikannya susah adalah manusia sendiri. Buat apa nak kumpul duit banyak banyak dan akhirnya tak jadi kahwin atau buat apa nak pinjam bank semata mata nak berkahwin seperti yang digambarkan P Ramlee dalam Bujang Lapuk--'sudah ada 5 anak hutang ceti pun belum habis bayar--ini mak bapak kau yang punya salah'

Renung renungkan, selamat beramal kata Prof Izi Hot FM

27 Rabiul Akhir 1431 Hijrah (12/4/2010)

No comments:

Post a Comment