Sunday, April 11, 2010

Hari Ahad

Hari ini 26 Rabiul Akhir 1431 Hijrah, Ahad (11/4/2010)


Hari Ahad adalah hari suci (holy day) orang orang kristien.
Maka hari ahad penganut agama berkenaan akan ke gereja.
Hari Sabtu pula hari suci (holy day) orang Yahudi.
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari bagi Umat Islam.

Apakah yang kita isi pada hari ahad?
Bersuka ria di merata rata tempat tanpa mengira muhrim dan bukan muhrim?
Tengok wayang dsbnya?

Hari ahad sebenarnya membuka peluang untuk umat Islam berniaga disebabkan terlalu ramainya manusia yang gemar bercuti cuti ke mana mana tetapi banyaknya peluang berniaga di hari cuti umum di rebut oleh kaum lain.

Namun kini kian ramai umat Islam mula berniaga di hujung minggu dengan menghadapi pelbagai rintangan. Apakah susahnya pihak majlis perbandaran termasuk dbkl untuk memudahkan proses pengeluaran lesen dengan hanya meluluskan terus semua permintaan berniaga yang munasabah dengan bayaran kurang rm5 sehari. Kenapa tidak dibenarkan semata mata kerana ingin memaklumkan pada sanak sedara sendiri untuk berniaga ditempat berkenaan?

Bila sudah mendapat kebenaran pula, ada lagi masalah lain--sesama peniaga seagama sendiri asyik busuk hati dengan pelbagai fitnah dll terhadap sesama mereka.

Inilah yang dinyanyikan oleh arwah R Azmi & Sudirman--serba salah--cakap salah tak cakap salah jadi semua serba salah. Bagi meniaga salah tak bagi berniaga pun salah.

Ini belum kira sekiranya kita menjeguk ke beberapa menara gading yang meletakkan pelbagai birokrasi untuk menghalang para pelajar daripada aktif berniaga. Apakah faedahnya pegawai pegawai universiti hanya meluluskan dan membenarkan para pelajar berniaga bila hanya betul betul pegawai pegawai ini ditekan oleh pelbagai pihak. Sekiranya kakitangan universiti berkenaan berasakan yang mereka akan cepat kaya dengan berniaga dalam universiti elok letak jawatan dan cuba sendiri berniaga dan bukannya dengan cara berterusan bekerja dengan universiti tetapi secara diam diam mencari peluang untuk tetap berniaga dalam universiti dengan pelbagai cara yang akhirnya boleh mengakibatkan para pelajar menjadi marah kerana niat mereka berniaga secara halal dihalang. Pihak pegawal keselamatan universiti harus digunakan untuk menjaga keselamatan pelajar bukannya diperalatkan oleh pegawai universiti untuk menghalang perniagaan halal para pelajar.


Renung-renungkan selamat beramal kata Prof Izi Hot FM

No comments:

Post a Comment