Friday, April 9, 2010

Kegiatan segolongan masyarakat "Islam" Pada hari Jumaat

Hari ini 24 Rabiul Akhir 1431 Hijrah Jumaat (9/4/2010)

Ada segolongan manusia yang mengaku beragama Islam memulakan pagi Jumaat sebagai permulaan cuti hujung minggu dengan berkemas kemas nak pergi bercuti samada ke dalam atau luar negeri.

Bagi yang tak sabar sabar nak bercuti ke Genting Highlands akan memilih waktu Solat Jumaat untuk memandu ke Genting Highland jadi elokla sangat sekiranya berlaku kemalangan ngeri pada mereka mereka yang berkenaan tu kerana takda Musafirnya sekiranya perjalanan untuk tujuan bersuka ria tanpa batasan.

Bagi yang masih bekerja pada hari jumaat , waktu jumaat di habiskan dengan makan makan atau membeli belah di pelbagai pusat membeli belah.
Bagi mat mat dan minah rempit akan menghabiskan masa mereka bersama sama di tempat tempat perkelahan tersembunyi di pelbagai hutan dan pantai seluruh Malaysia dan sekiranya ada yang mati lemas sewaktu orang berSolat Jumaat, memang padan muka mereka yang berkenaan tu.

Yang bekerja pula menghabiskan masa bekerja pada hari Jumaat dengan melayari laman laman web kegemaran masing masing tanpa rasa bersalah kalau tak berSolat Jumaat.

Adapun kaum Hawa tak perlu lah nak berSolat Jumaat tapi ada ketikanya kaum Hawa jugalah yang mengajak lelaki untuk pergi makan makan sewaktu Solat Jumaat dan elokla sekiranya mereka bernikah kemudian, keluarga jadi punah ranah sebab takda seekor pun dalam keluarga mereka mengerjakan Solat Fardhu apatah lagi puasa di bulan Ramadhan.

Solat yang penting bagi mereka ini ialah Solat Sunat Raya setiap tahun 2 kali sahaja. Lain lain Solat macam tak wujud kot.

Bagi setengah golongan lain pula menjadikan waktu Solat Jumaat sebagai waktu menonton wayang dan sekiranya mereka ini mati mengejut di kerusi tempat duduk panggung, janganla sesiapa berasa hairan pula.

Ada lagi golongan yang lebih canggih, boleh pula mengambil minuman keras waktu Azan Solat Jumaat di KLCC yang berhampiran dengan Masjid.

Cuba tanya samada depa ni tau tak makna 'Fasiq'--silap silap depa ni akan ingat sejenis makanan Arab yang perlu di cuba mungkin sedap kot.

Apa lagi dibuat waktu Azan Jumaat? Jawapan: Tidor di rumah ataupun menonton TV dirumah tanpa rasa bersalah. Jadi kalau mati dalam tidor kat rumah ataupun TV meletup mengakibatkan kematian, elok sangat la tu.

Bagi yang berSolat pula, apa maknanya berSolat Jumaat sekiranya asyik bermain SMS sewaktu Khutbah. Nabi dah larang berkata kata sekali pun ungkapan diam sewaktu berKhutbah inikan pula asyik berhubungan dengan hal hal dunia tanpa menyedari Khutbah pun dah nak tamat. Wallahualam segolongan bangsa Melayu hari ini yang cukup marah sekiranya agamanya dicabar tetapi diri sendiri tanpa disedari menjahanamkan agama sendiri.
Renung renungkan,selamat beramal, Kata Prof Izi HotFM.

Salam Jumaat 24 Rabiul Akhir 1431 Hijrah.

No comments:

Post a Comment