Wednesday, March 24, 2010

Musang Berjanggut (1959) Part 2

Perbezaan Perempuan Dengan Betina Dalam Klip Ini

Saturday, March 13, 2010

PEREMPUAN MELAYU GADUH DENGAN BOYFRIEND DALAM LRT

Suami Sertai Operasi (Bukti Benar Isteri Curang) Pengajaran

"KISAH RUMAHTANGGA" lagu P.Ramlee nyanyian Zamhari Hj Materang

Suami Masih Ketua Keluarga?

Hari ini 28 Rabiul Awal 1431 Hijrah, Ahad (14/3/2010)

Di zaman moden sesuai dengan kesibukan mencari rezeki di ibukota, ramai isteri isteri berniat ikhlas untuk membantu suami mencari rezeki.

Namun dengan gaji isteri isteri yang agak tinggi ada juga suami yang memilih untuk duduk dirumah dan menjaga anak anak. Niatnya asalnya mungkin baik tetapi kesempatan suami untuk relax relax dirumah kadangkala di ambil oleh isteri untuk berskandal di pejabat atau dengan sesiapa sahaja yang berurusan dengan isteri.

Telah beberapa kali di pertontonkan di kaca TV contohnya tidak lama dulu rancangan Wanita hari ini yang mana isteri menalifon kepada tetamu jemputannya contohnya Datuk Dr Fadhilah Khamsah yang mana pengacaranya Azizah Arifin dan seorang lagi. Seorang isteri melayu beragama Islam memaklumkan WHI yang hasil skandalnya dengan kekasihnya telah melahirkan seorang anak yang tidak diketahui suami sebagai anak orang lain. Siisteri
meminta nasihat WHI patutkah suami diberitahu.

Tetamu undangan adalah pakar motivasi bukannya Mufti tetapi telah dengan selambanya mengeluarkan pendapat (baca:fatwa) tak perlu bagitahu suami MAKANYA akibatnya jutaan penonton WHI TV3 mendapat nasihat sedemikian .


Suami hari ini sekiranya mampu berusaha mencari rezeki adalah dayus untuk membiarkan isteri terdedah kepada pelbagai cabaran dunia moden hari ini. Adalah dayus yang isteri memandu kereta dan suami duduk di rumah tak dapat bergerak sambil isteri asyik berjumpa dengan pelbagai lelaki setiap hari atas alasan keperluan kerja.

Lakonan isteri biasanya memakai solekan sebelum keluar rumah dan bersolek juga sebelum balik ke rumah walaupun sebenarnya segala make up telah hilang ketika sedang asyik berskandal. dan si suami hanya terpaksa percaya yang make up isteri tidak terusik makanya oleh yang demikian isterinya dianggap setia apatah lagi duit poketnya diberikan oleh isteri. Inilah kes kes Shariah yang tidak di war war kan menerusi media namun adalah lumrah harian tinggal di ibukota.

Di rumah ada pembantu rumah maka tugas isteri untuk menyediakan makan pakai suami telah hilang atas alasan sibuk bekerja dan berkemampuan mengambil orang gaji. Bila suami berskandal dengan orang gaji maka si isteri untuk menenangkan fikiran mengadu kepada rakan lelaki yang dipercayainya yang akhirnya biasanya menyebabkan dua dua mereka sama sama juga akan turut hanyut.

Pakaian pakaian berjenama isteri, make up, dandanan di salon terkenal akan memakan diri hidup berumahtangga bila si isteri mula termakan pujian lelaki lain manakala suaminya hanya duduk lepak lepak di rumah ataupun window shopping sambil menonton wayang.

Terdedahnya sedikit hakikat fakta kecurangan isteri maka ada saja NGO wanita yang akan melindungi isteri isteri jenis ini atas pelbagai alasan berkaitan dengan hak hak wanita kononnya. Apakah hak wanita untuk berskandal walaupun setelah berstatus isteri? Apakah hak wanita untuk mencabar Aqidah agama sendiri sesuka hati membantah suami yang mampu dzahir batin berpoligami? Apakah hak wanita untuk menolak untuk bersama suami tetapi menggantal dengan lelaki lain? NGO akan masuk campur kononnya suami boleh dituduh merogol isteri sendiri setelah undang undang dipinda tidak lama dulu. Apa nak jadi dengan isteri isteri jenis ini? Elok juga kalau buaya buaya di zoo negara di puasakan selama beberapa hari dan dengan kelulusan parlimen isteri isteri jenis ini patut di jadikan santapan buaya zoo, harimau zoo, singa zoo dsbnya (sekadar cadangan semata).

Sudah tiba masanya isteri berhenti menjadi kuasa veto kepada segala keputusan suami dan sudah tiba masanya untuk isteri bertaubat dari merujuk segala hal mengawal suami kepada pelbagai bomoh syirik. Wallahualam

Renung renungkan selamat beramal-Prof Izi Hot FM selaras dengan lagu Kisah Rumahtangga Allahyarham Tan Sri P Ramlee

28 Rabiul Awal 1431 Hijrah, Ahad (14/3/2010)

Classified Ads:- Kursus isteri derhaka-turning over process 1431 Hijrah/2010, e mail: isikcorpadv@gmail.com

Thursday, March 11, 2010

Anak Anak Perempuan Sekolah Menengah Hari Ini

Hari ini 25 Rabiul Awal 1431 Hijrah (11/3/2010)

Keberanian budak budak sekolah hari ini terutamanya perempuan membuat aksi aksi mesra yang biasanya di lakukan oleh mereka mereka yang lebih dewasa dari segi usia (bukannya dewasa dari segi Aqal) di serata tempat awam tidak terhad di taman taman seperti klcc tetapi juga di kebanyakan stesen pengangkutan awam serta di dalam lrt juga.

Biasanya budak budak perempuan yang masih bersekolah hari ini akan memilih mat mat rempit yang sudah tidak bersekolah untuk beraksi tanpa segan silu di tempat awam.

Ini tidak bermakna budak sekolah lelaki lebih baik, tetap 2 kali 5 juga.

Di kelab kelab persendirian lebih teruk lagi bila pasangan masing masing bersama kononnya ingin membuat kerja sekolah tetapi yang anehnya si perempuan akan berseluar pendek yang terlampau singkat sekali dan lelaki akan berseluar pendek paras lutut untuk mempamerkan bulu roma ala hindustan ataupun benggali walaupun muka tetap pure melayu tak sedarkan diri melayu. Agama mereka kita just assume lah beragama Islam tetapi perangai depa ni may be menunjukkan mereka ini beragama lain kot.

Inilah padahnya bila kedua dua ibu bapa sibuk dengan urusan kerjaya masing masing. Yang si ibu sekiranya si bapa dah boleh menyara keluarga kenapa pula nak jadi lelaki dengan berperangai seperti seorang lelaki di tempat bekerja--akibatnya anak anak terbiar dan ibu juga tak mustahil akan berskandal di pejabat ataupun orang orang yang berurusan dengannya.

Inilah hakikatnya kita sedang menuju ke zaman jahiliah tetapi akan mengamuk sakan kalau di katakan yang kita telah lupa segala perintah Allah swt dan suruhan Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita.

Renung-renungkan, selamat beramal sesuai dengan malam ini malam jumaat....

25 Rabiul Awal 1431 Hijrah (11/3/2010)

Classified Ads: Khemah Ibadah untuk anak anak dan ibu bapa seluruh Malaysia 3 hari 2 malam termasuk tempat tinggal makan minum dsbnya.
e-mail: isikcorpadv@gmail.com

Wednesday, March 10, 2010

P.Ramlee - Pendekar Bujang Lapok

Bahasa Arab bahasa Al Quran

Hari ini 24 Rabiul Awal 1431 Hijrah (10/3/2010)

Dapat membaca dan mengeja Al Quran tidak membawa apa apa makna sebab kita takkan dapat faham apa yang kita baca. Membaca Al Quran disamping terjemahan mungkin membantu namun takkan sama dengan memahami direct apa yang dibaca.

Dengan memahami direct apa yang dibaca kita terus dapat membezakan yang terdapat perbezaan besar antara terjemahan dan tafsir.

Genius Allayarham Tan Sri P Ramlee telah menggambarkan dalam filem Pendekar Bujang Lapuk--- orang yang tidak dapat membaca di Sekolah Buta Huruf yang dikatakan oleh Seniman S Shamsuddin sebagai sarkis. (....tak boleh balik.....ini sarkis sudah lama..)
(....yang panjang tu bunga saja....habis takkan hutang saja pakai bunga)



Dengan boleh membaca dan mengeja dengan betul serta dapat memahami maksud apa yang dibaca InsyaAllah kita akan dapat membaca Al Quran dengan senangnya sebagaimana kita membaca akhbar.

Bermula lah segera ianya takkan pernah terlewat di sebarang peringkat usia.

Wallahualam.

24 Rabiul Awal 1431 Hijrah (10/3/2010)

Classified Ads:- Belajar Bahasa Arab & Al Quran dari peringkat dewasa sekolah buta huruf sehingglah peringkat advance:- e-mail: isikcorpadv@gmail.com (Confidentiality assured)

Monday, March 8, 2010

Adab Zaman Ini

Hari ini 22 Rabiul Awal 1431 Hijrah (8/3/2010), Isnin 930 mlm.

Kita telah dididik untuk mengucapkan Alhamdullillah bila bersin tapi sebahagian dari kita lebih suka mengikut agama kristien dengan mengucapkan excuse me kononnya moden la tu, adaka patuh kata Excuse me kat Allah swt?

Kita juga diajar untuk berkata Ya Allah tetapi ada diantara kita ubahnya menjadi O my God, kononnya maju la kita tu kot.

Kita disunatkan makan dengan tangan tapi disebabkan kemajuan ada diantara kita makan 24 jam dengan sudu dan garpu walaupun di rumah sendiri.

Kita sepatutnya mengucapkan Alhamdullillah bila menerima sesuatu kejayaan yang Halal tapi ada diantara kita menggantikannya dengan saling berpelukan dan berciuman dengan bukan muhrim. Malah lebih teruk berita buruk di sambut dengan kata kata mencarut four letter words. Inila kemajuan anak melayu yang dikatakan beragama Islam.

Kita menyambut malam raya dengan bertakbir tetapi ada juga anak melayu modern menyambut malam raya dengan mabuk mabuk dan menari dll sampai ke pagi raya. Apakah agaknya ibu bapa mereka ni pun moden juga dan dua kali lima macam anak mereka, Wallahualam.


22 Rabiul Awal 1431 Hijrah (8/3/2010)


Classified Ads:- Adab Grooming Express Course in Kuala Lumpur:- e mail: isikcorpadv@gmail.com

Sunday, March 7, 2010

Malam Jumaat di Ibu Kota

Hari ini 21 Rabiul Awal 1431 Hijrah, Ahad (7/3/2010)

Segala jenis aktiviti hiburan sepatutnya di benarkan dengan kadar yang berpada pada sesuai dengan status Malaysia sebagai pelopor penubuhan OIC pada tahun 1969 di Rabat , Morroco.

Apakah sesuai sekiranya Azan Maghrib tidak di endahkan langsung dengan pelbagai bunyi muzik yang memekak kan telinga di bandar bandar utama termasuklah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Mutiara Damansara, Bukit Bintang, Heritage Row, Bangsar, Sri Hartamas.

Apakah tindakan jabatan perlesenan DBKL serta majlis majlis perbandaran bila menghadapi isu tidak menghormati waktu Solat mahupun malam jumaat ataupun malam malam di bulan Ramadhan. Apakah pegawai pegawai pihak berkuasa yang beragama Islam tidak mampu melakukan sesuatu bagi menjaga nama baik Islam ataupun asalkan dapat gaji setiap hujung bulan , just tak payahlah nak fikirkan isu isu yang menyakitkan kepala.

Setakat mana sign board arak tidak boleh di jual pada orang Islam di patuhi. Saya berani jamin ianya langsung tak di patuhi, masuk sahaja di mana mana pusat hiburan, di mana mana saja terdapat muka muka melayu tua dan muda yang minum dan kita boleh agak mereka ini berugama Islam lah selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan yang mendefinasikan orang melayu itu beragama Islam.

Namun definasi perlembagaan persekutuan sahaja tidak mencukupi kalau asyik minum, berjudi, kaki enjoy, kaki perempuan dan segala jenis kaki tetapi bukan lah kaki kuda pendekar mustar filem pendekar bujang lapuk tu.
Jadi apakah setelah melakukan segala jenis dosa besar ketika mabuk, Aqidah seseorang itu masih selamat???

Apakah patut puasa tak pernah tetapi persediaan raya mengalahkan orang yang puasa. Apakah patut Solat fardhu & Jumaat pun dan penat tetapi memenuhi ruang Masjid pada 10 malam pertama terawikh.

Apakah patut menganjurkan majlis berbuka puasa dan dinner di KLCC dengan
membuka sekurang kurangnya lapan botol wain? (Kejadian ini berlaku di bulan puasa yang baru lepas di KLCC di sebuah restoran eksklusif yang hanya mempunyai 8 dining table)

Apakah perbincangan kerja sewaktu berbuka puasa di hotel 5 bintang termasuk nak buka botol di mana malam ni? (Kejadian ini berlaku di sebuah Hotel 5 bintang KL beberapa tahun lepas di mana melibatkan pegawai pegawai sebuah bank sewaktu berbuka puasa )

Kehadiran begitu banyak pertubuhan, jabatan kerajaan dan bukan kerajaan yang berasaskan agama akan menjadi sia sia dan membazirkan wang rakyat semata mata sekiranya para penghuni kota yang beragama Islam di biarkan bebas untuk minum termasuk pada malam jumaat serta malam malam bulan Ramadhan.

Masalah tidak cukup kakitangan penguatkuasaan akan berterusan sampai bila bila bila diwujudkan pelbagai jawatan tanpa kenaikan gaji maka staff baru diperlukan untuk operasi dan ianya akan berulang setiap tahun bila staff baru akan menjadi lama dan mendapat jawatan yang lebih baik akan mencanangkan tidak cukup kakitangan untuk penguatkuasaan. Adalah disarankan bahawa kesemua komputer, meja kerusi, perabut pejabat di jual di kedai second hand dan kesemua staff daripada Ketua Pengarah sehinggalah penghantar surat hanya terlibatkan dengan penguatkuasaan. Air cond juga boleh dijual pada kedai second hand dan bila keadaan office tak selesa licin macam pejabat Sadiq Segaraga 3 Abdul baru semuanya yang berpangkat akan merasa tidak selesa duduk di pejabat, lebih baik buat operasi.

Renung-renungkan , selamat beramal -prof Izi hot FM

Wallahualam.


Classified Ads:- Enforcement Staffs & Officers Training & Ibadah Camp in Kuala Lumpur,Penang,Langkawi,Labuan & Kota Bharu. e-mail: isikcorpadv@gmail.com

Saturday, March 6, 2010

Karenah Artis Muda Tempatan / Teater

Hari ini 20 Rabiul Awal 1431 Hijrah, Sabtu (6/3/2010) 505 petang.

Setiap kali ada apa apa program memberikan anugerah/award, setiap kali lah kita terdengar ucapan pemenang samada dipentas ataupun di interview selepas kemenangan, mereka menyebut Syukur Alhamdulillah, rezeki saya tahun ini dsbnya.

Pertamanya sesuaikah ucapan demikian dengan pakaian yang tidak menutup aurat menampakan susuk buah dada ataupun lurah buah dada dengan jelas di kaca tv. Artis yang sebegini seperti kata Wardina baru baru ini , tak layak untuk di jadikan ikon dan mungkin layak di gelar kurang waras kerana mencampur adukkan perbuatan salah tidak menutup aurat serta mengucap syukur selepas berlakon berpelukan di dalam drama/filem.


Apakah waras artis rock mahupun dangdut memulakan persembahan dengan mengucapkan Assalamualaikum wbt tetapi seterusnya menghayalkan penonton dengan pelbagai perbuatan tidak senonoh mereka di atas pentas.

Apakah waras artis lelaki yang membuka tali pinggang dan baju di atas pentas dan menganggap seperti tiada apa yang berlaku?

Pernahkan mereka ini terfikir yang ramai artis artis senior terdahulu tidak memerlukan sangat segala gelagat tak senonoh melampau seperti mereka hari ini.

Apakah wajarnya seorang pelakon wanita berulang kali hampir setiap bulan bercerita dia tak minat VIP untuk kahwin seolah olah menjaja dirinya di akhbar hujung minggu sekurang kurangnya 2 bulan sekali?

Eloklah penggunaan ucapan Alhamdullillah di ucapkan pada masa yang sesuai oleh artis artis yang layak saja dan bukannya segala jenis artis tong sampah yang dedah sana sini sesuka hati mengucapkan Alhamdullillah bila di interview. Ini tak ubah seperti pelacur yang mendapat ramai pelanggan tahun ini mengucapkan Alhamdullillah , tahun depan nak ke Makkah menunaikan Fardhu Haji ataupun kaki ekor yang menang main nombor ekor berazam ke Makkah menunaikan Umrah.

Pembikinan teater di Istana Budaya yang mengaitkan watak Nabi Adam & Hawa yang di lakonkan secara direct bukanlah percubaan yang berani tetapi mengambarkan kedangkalan ilmu agama Erma Fatima. Satu lagi teater lain yang melibatkan Erma Fatima , Natrah di akhiri dengan mengagungkan struktur gereja yang gah. Elok rasanya Erma Fatima pergi menuntut ilmu agama di mana mana contohnya di UIA ataupun di Universiti Al Azhar sekurang kurangnya peringkat diploma atau seboleh bolehnya ijazah atau ke pondok pondok yang diketahui mengajar ilmu agama yang sebenar, tidak sesat.

Apakah sesuai imej bertudung Erma Fatima dengan menghisap rokok di belakang pentas Istana Budaya? Kesemua imej ini dirakamkan dengan jelas di Istana Budaya.

Sekiranya JAIS boleh membuat serbuan ke atas ceramah agama yang dah jelas tak menyalahi apa apa peraturan enakmen selangor kerana Dr Asri dikecualikan dalam kategori daripada memohon tauliah dibawah enakmen pentadbiran agama Islam Selangor diatas statusnya yang masih pensyarah universiti, Dr Asri juga bekas mufti perlis-------- mengapa tidak JAKIM atau mana mana jabatan agama mengambil perintah mahkamah menahan teater tersebut dari dipentaskan. Apakah pegawai JAKIM yang dikatakan Erma memantau teater tersebut ketika raptai pergi bertugas ataupun pergi menonton sebagai penonton bersantai santai sehingga terlupa yang mereka sepatutnya bertugas.

Kuman seberang laut di denmark dengan watak kartun kita nampak sangat tetapi gajah di depan mata negara kita sendiri membawakan watak Nabi bukannya karekter kartun, kita boleh terlepas pandang, hairan bin ajaib.


Renung-renungkan, selamat beramal,di hari Sabtu ini kata Prof Izi Hot FM.

Classified Ads: Brainstorming session for local celebrities, kindly e-mail, isikcorpadv@gmail.com


NOTA:BERIKUT ADALAH LAPURAN HARIAN METRO SEPERTI YANG TERSIAR HARI INI 6/3/2010 MENGENAI ERMA FATIMA & TEATER ANTARA (COPY & PASTE DARI ONLINE EDITION SERTA BOLEH JUGA DI BELI MENERUSI HARD COPY EDITION HARI INI)


KARPET MERAH: Perlukah ada babak itu?
Oleh Roslen Fadzil
roslen@hmetro.com.my
2010/03/06 BUKAN baru saya kenal Erma Fatima. Ketika Erma hendak berkahwin dengan Bade Hj Azmi pun, saya berjaya menghidu duit hantaran belanjanya yang digubah oleh Pak Andam veteran, Mas Kassim. Maklumlah orang tengah muda, nafsu mencari berita 'scoop' ketika itu tengah meluap-luap!

Meskipun makin lama kesibukan tugas memisahkan kami, saya masih cuba meluangkan masa untuk menonton karya-karya Erma sama ada di layar perak, TV mahu pun pentas. Ada sekali pada pertengahan 1990-an saya dah Erma pernah tinggal satu banglo ramai-ramai (tapi bukan duduk sebilik) dengan rakan artis termasuk M Nasir, Umie Aida, Eja, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan pengarah sensasi Aminah Rhapor di New Delhi, India. Kami ke sana untuk penggambaran drama bersiri Salam Taj Mahal terbitan Kuasatek Pictures. Tapi itu semua cerita lama dan saya masukkan dalam lipatan sejarah.

Baiklah, memang saya dan ramai lagi tahu, pemikiran Erma memang lain sikit. Erma selalu cuba 'think out of the box', berani dan provatif. Memang itu dah pakej Erma Fatima.


Namun melihat pementasan muzikal Antara... di Istana Budaya (IB), pada malam terakhir Ahad lepas, saya jadi gusar dan khuatir. Saya tahu sejak bertudung, Erma makin Islamik dan mahu berdakwah melalui seni. Itu sangat tidak salah dan saya pun tumpang berbangga melihatnya.


Apa yang saya kongsi di sini adalah perasaan dan rasa peribadi saya. Saya bukan hendak berkhutbah. Cuma atas rasa persahabatan dan 'old time sake', saya rasa terpanggil untuk membentangkannya dalam Karpet Merah minggu ini.


Terus-terang beberapa minit pertama saya menonton teater Antara.. jantung saya bergetar. Saya ingin melihat sendiri sejauh mana babak yang dikatakan hanya bayangan 'Nabi Adam A.S. dan Hawa' itu diterjemahkan Erma. Pada tanggapan saya istilah bayang adalah seperti bayang legam tubuh kita jatuh ke dinding atau juga bayang wayang kulit jatuh ke tirai putih.


Rupanya tidak. Apa yang saya lihat di pentas adalah Fahrin Ahmad dan Nasha Aziz. Seorang berjubah labuh dan seorang lagi memakai legging dan skirt putih. Saya juga sengaja minta duduk di kerusi belakang sekali dengan harapan apa yang dilihat itu tidak akan jelas. Namun ia tetap nampak sebagai Fahrin dan Nasha yang rambutnya panjang.


Kononnya dalam babak itu, Adam dan Hawa sedang bersuka-sukaan sambil berlontar-lontaran madah pujangga. Kemudian datang si Iblis menggoda mereka untuk makan buah yang dilarang Tuhan dan selepas itu bermula kehidupan Adam dan Hawa yang dibuang ke dunia. Saya sedar ketika itu saya sedang menonton sebuah teater arahan orang kita di IB. Saya bukan menonton Charlton Heston sebagai Moses dalam filem Hollywood, The Ten Commandments atau mana-mana kisah Adam & Eve versi orang Barat.


Entahlah, saya tertanya-tanya sehingga ke hari ini, sejak bila pula orang Islam boleh melakon dan menggambarkan watak nabi? Setahu saya, filem Arab pun tidak pernah buat begitu dan kalau ada pun kisah nabi, ia hanya melalui suara bersabda bagi pihak baginda-baginda yang terpuji itu. Saya faham, pihak Jakim ada memantau raptai drama itu, tetapi saya tidak pasti adakah apa yang saya tengok pada malam akhir itu sama macam apa yang dipersembah pada malam raptai. Malah hendak menyiarkan foto watak itu dalam akhbar ini pun, saya tidak sanggup, sebab nanti tidak pasal-pasal surat khabar kena bakar.


Saya tidak ada sekelumit agenda pun hendak menjatuhkan Erma Fatima, tetapi sebagai sahabat dan penonton yang memegang pen dan kertas di Karpet Merah ini, saya tidak boleh tidak, menyuarakan kemusykilan yang terbuku di hati. Jika saya salah, usahlah segan silu untuk memperbetulkan saya kerana kita bukannya makhluk yang maksum. Hidup kena tegur menegur untuk kebaikan.


Selain itu, Erma turut menggambarkan titian yang amat digeruni yang bakal dilalui semua manusia apabila di alam barzakh nanti. Itu juga saya tidak tahu bolehkah kita menggambarkannya menerusi lakonan. Satu lagi babak yang membuatkan saya terfikir adalah orang alim yang sedang berzikir ayat al-Quran tetap tewas dengan godaan iblis dan syaitan. Kesannya terjadilah babak lelaki berserban dan berjubah yang akhirnya bergencok-gencok dengan 'iblis dan syaitan' macam ajaran sesat. Siapakah yang lebih hebat sebenarnya? Kenapa kejahatan perlu dimenangkan? Kita sedar teater sering kali dikaitkan dengan hal-hal metafora atau simbolik. Apakah dalam bercerita mengenai insan terpilih di muka bumi ini, kita juga bebas memainkan unsur gambaran metafora dan terlepas atas tiket seni mahupun kesenian? Bagi saya, teater Antara... masih boleh berjaya sekalipun tanpa babak kontroversi yang saya sebutkan itu. Kenapa perlu ada penyanyi seksi ala Mulan Jameela dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi terselit di celah kisah agama seperti itu? Erma masih bergantung kepada keghairahan? Bagi saya, masih ada lagi cara lain untuk orang seni berdakwah seperti menggunakan elemen pencerita atau narrator. Mungkin juga cara itu sudah lapuk bagi Erma Fatima. Mungkin.

Friday, March 5, 2010

Malam Pertama Di Alam Kubur

PHENOMENA IN THE ALAM BARZAKH.

Semua Insan Menuju ke Alam Barzakh

Hari ini Jumaat 19 Rabiul Awal 1431 Hijrah (5/3/2010).

Hari jumaat adalah penghulu segala hari bagi orang Islam. Manakala hari sabtu adalah hari suci (holy day) orang Yahudi dan ahad (holy day) orang kristien. Jadi apa maknanya kita turut tak sabar sabar untuk enjoy celebrate kedatangan weekend, hari suci orang Yahudi & Kristien?

Bila meninggal setiap anak Adam, maka yang tinggal hanyalah amalan, ilmu bermanafat serta doa anak yang Soleh bagi membantu roh yang telah berpisah dari badan di Alam Barzakh. Ilmu Roh adalah hanya di ketahui sepenuhnya oleh Allah swt namun berdasarkan Hadith Hadith, ulama ulama besar terdahulu telah mengupas serba sedikit.

Seelok-eloknya selepas meninggal kalau boleh paling lama jangan lebih dari 2 jam terus dikebumikan. Orang yang telah meninggal kan dunia mempunyai urusan yang lebih penting dari segala urusan dunia untuk mengadap Allah swt di Alam Barzakh.

Kemajuan teknologi hari ini memboleh anak anak serta sedara mara melihat
jasad secara langsung menerusi telefon 3G, 4G dsbnya, gunakan teknologi tersebut tetapi jangan halang Solat Jenazah, Jangan Halang pengkebumian segera. Sekiranya peluang untuk berjumpa ibu bapa sewaktu masih hidup di abaikan dengan pulang sekali sekala atas pelbagai alasan sibuk dsbnya, janganlah pula ada anak anak yang bersifat dungu melengah lengahkan keberangkatan orang tua mereka ke Alam Barzakh, jangan menyiksa orang tua sendiri.

Bila roh terpisah dari jasad amatlah perit sekali seperti kulit kena siat siat jadi segerakan lah tempatkan jasad ke liang lahad tanpa berlengah lengah atas apa apa alasan duniawi.

Kalau lah jasad tu boleh bangun dan mencarut mau dicarutnya habis orang yang masih hidup kerana melengah-lengahkan penghantarannya ke Alam Barzakh.
Yang dah dapat nampak nikmat kubur kalau boleh nak berlari sendiri masuk kubur sebab manusia manusia jahil masih mengadakan pelbagai majlis yang hanya memberi faedah kepada mereka yang masih hidup. Manakala yang dah ternampak siksa neraka akan lebih selesa juga disegerakan dikebumikan berbanding dengan ribuan semut semut yang akan mula datang ke jasad jika dibiarkan lama lama.

Takda makan minum perlu disediakan oleh tuan rumah si mati dan kalau ada juga tetamu yang tak reti bahasa elokla di suruh mereka yang berkenaan pulang sahaja.

Afdalnya anak sulung sekiranya lelaki wajar mengimankan Solat Jenazah bukannya imam masjid serta amat wajar sekali anak anak yang turut terlibat turun ke liang lahad bukannya asyik memandang saja macam boss besar di tanah perkuburan. Juga ketika memandikan mayat penglibatan anak anak amat perlu serta ketika perjalanan ke tanah perkuburan mestilah dengan pergerakan perlahan dikhuatiri menyakiti jasad yang baru terpisah dengan roh yang bagaikan disiat siat kulitnya tahap kesakitannya.


Renung-renungkan,selamat beramal meminjam kata kata Prof Izi Hot FM.


19 Rabiul Awal 1431 Hijrah Jumaat (5/3/2010)

Classified Ads: Perlukan Kursus Express 3 jam Persediaan ke Alam Barzakh di Kuala Lumpur, Confidentiality assured. sila e mail: isikcorpadv@gmail.com

Thursday, March 4, 2010

Kebersihan Diri

Hari ini 18 Rabiul Awal 1431 Hijrah (4/3/2010) Khamis

Banyak manusia rohnya tersiksa di Alam Barzakh kerana titisan percikan kecil air kencing yang melekat di pakaiannya tanpa disedari seterusnya mengambil Wudhu dan ber Solat.

Juga se eloknya selepas membuang air besar, selain daripada membersihkan sebersih bersihnya adalah lebih menyakinkan sekiranya mandi dan menukar pakaian sebelum ber Solat.


Diawal pagi sebelum Solat Subuh, se eloknya mandi sebersih bersihnya dengan membasahkan seluruh badan termasuk rambut kerana ketika tidur ada sejenis cecair yang keluar menerusi dubur tanpa kita sedari. Janganla sesuka hati bangun basuh muka gosok gigi dan terus ambik Wudhu untuk Solat Subuh. Mandilah dengan sepenuh kebersihan serta selepas Solat Subuh janganla sambung tidor kerana pintu rezeki telah mula terbuka untuk diusahakan. Sedangkan burung pun telah keluar sebelum cerah berkicauan mencari rezeki inikan pula kita manusia yang dikurniakan Aqal memangla Aqal kita letak di kepala lutut sekiranya kita sambung berdengkur selepas Solat Subuh.


Seperti kata Prof Izi Hot FM, renung renungkan, selamat beramal. Wallahualam
18 Rabiul Awal 1431 Hijrah (4/3/2010)

Iklan classified: Perlukan kursus express 2 jam mengenai bab Najis & Murah Rezeki di Kuala Lumpur, e mail: isikcorpadv@gmail.com